Friday, June 22, 2012

bola

tengah tengok portugal melawan republik czech.
bosan jugak tengok bola seorang diri tanpa teman.
gagah bangun pukul 2.45 pagi walaupun tak minat kedua-dua team.
kalau berjaya menonton sampai wisel penamat dengan jayanya.
maka lengkaplah 180 minit menonton euro 2012.
dah berusia ni macam tak larat dah nak berjaga tiap malam.

cristiano ronaldo pun macam dah tak sepantas dulu.
berat rambut kot sebab bubuh gel banyak sangat.

posted from Bloggeroid

Monday, June 18, 2012

Jonker Walk

Jonker walk atau nama sebenarnya Jalan Hang Jebat.
kenapa perlu jadi jonker walk? kenapa tak bubuh nama Jebat Walk je?
bolehlah berjalan di Jebat Walk sambil mengembangkan dada macam Hang Jebat.

Jonker Street akan bertukar menjadi Jonker Walk pada malam minggu sahaja.
Bermula dari jam 6 hingga ke 12 tengah malam.
Kebiasaannya dipenuhi pelancong Singapura untuk mencuci mata dan membeli belah.
Barang-barang jualan merangkumi hasil2 kraftangan dan produk antik.
Makanan dan minuman yang dijual juga agak menarik kerana tiada burger seringgit, apam balik dan coconut shake yang dapat dilihat.

Masjid berdekatan adalah Masjid Kampung Kling yang hanya 350m berjalan kaki.
atau mahu lebih mudah, bersolatlah di surau hotel apartmen Casa Del Rio.
tapi bawak telekung sendiri sebab ianya tidak disediakan.

Suasana amat menarik dengan bangunan kedai lewat usia di kiri kanan jalan.
Kafe-kafe kecil tetapi selesa menyajikan makanan yang enak.
Bagus datang dengan perut yang kosong.
Dah datang sana jangan lupa singgah di Calanthe Art Cafe.
diundi dalam senarai 50 tempat jualan laksa terbaik di Malaysia.



rupa laksa top 50.



rupa cendol. Cendol KFC belakang MAHSA atau Cendol Karim lagi sedap kot.



kanak-kanak riang sedang menanti laksa dihidangkan.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 17, 2012

ahli baru

Alhamdulillah dan mari mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga terbaru kami.



Nama : belum ditentukan lagi
Jantina : Perempuan
DOB / POB : 16 Jun 2012 0116hrs Hospital Melaka
Berat : 2.12 kg

oh.ini anak kakak saya.anak saya belum keluar lagi.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 14, 2012

TED

saya ingin berkongsi cerita tentang TED.
no no no. bukan pasal ted mosby yang dalam series how I met your mother tu.
TED adalah satu aplikasi yang mengandungi koleksi video-video tentang perkongsian idea yang menarik dan tak pernah terfikir
dek akal fikiran. contohnya apa perkaitan agama dengan jumlah bayi yang dilahirkan di dunia ini.
atau kenapa unknown value dalam ilmu hisab sering dikaitkan dengan alphabet x?
tak menarik ke? kalau tak menarik pergi tengok video k-pop kat youtube.

TED ni macam youtube lah lebih kurang tapi lebih informasi dari yang merapu. amat sesuai untuk mencairkan otak yang beku di samping meneroka idea-idea baru kalau dah jemu tengok klip video set fire to the rain berulang kali di youtube.
download secara percuma di play store android atau itunes epal.




snapshot bagaimana rupa si TED.



video ni memang superb.presentation style dia pergh!

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 13, 2012

test

cubaan mengupdate blog dari peranti mudah alih.




yg atas tu gambar kat stadium semalam.
memang best tengok bola kat stadium.
nak lagi best duduk sebelah budak budak ultras malaya.

posted from Bloggeroid

Monday, January 2, 2012

tahun baru

 

1293795564417_8876790

selamat tahun baru kawan-kawan. marilah bersama-sama menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Insya-Allah.

turkish tea + baklava

manchester city kalah dengan sunderland. fuhhhhhhhh lega !

DSC_4903

DSC_4910

DSC_4921