Monday, June 29, 2009

cara memanfaatkan lens terbiar

Kaki-kaki kamera mesti takkan pernah cukup dengan lens standard atau kit lens. Paling busuk pon koman-koman mesti ada lens 50mm f1.8 atau telezoom lens 70-300mm f3.5-5.6 yg bleh la dikategorikan dalam kategori mampu milik. Tapi mana lah tahu engko orang ni kaum kerabat sultan hassanal bolkiah yang banyak duit dan memiliki segala jenis lens sehinggakan tidak tahu nak sumbat mana lagi. Ini ada sedikit idea bernas untuk memanfaatkan lens yang terbiar dari dilitupi kulapuk dan debu.

17851

ceraikan komponen2 seperti di atas

17852

ini rupa bukaan aperture

17853

ini plak rupa IS element atau VR dlm bahasa nikonian

17854

front elements atau kanta sesentuh

17855

tadaaa ... bekas isi pensel

17856

atau lens paling ringan di dunia

coffee-mug-cum-lens_DUPNB_59

atau mug bergaya ini ?

inspirasi #002 : Erik Johansson

Hasil kreativiti mamat Sweden berusia 23 tahun. Lagi gambar di www.alltelleringet.com

road

roadworkerscoffebreak-johansson

armsbreak-johansson

glass(1)

kejuruteraan kaca

aku minat kamera. kamera itu masyuk. setiap kamera mesti ada kanta dan kanta adalah hasil dari kejuruteraan kaca yang menakjubkan. dewasa kini makhluk mana yang tak suka kamera. tak kesahlah kamera itu samada kompak, prosumer, DSLR, lomography mahupun Hasselblad barangkali. aku minat sebab arwah bapak aku dulu ada film SLR (Nikon F55 kalau tak silap modelnya) dan dari situlah bertitik tolak minat dalam hobi penggambaran walaupun tidak pernah mencuba itu Nikon F55. Setelah sudah bekerja dan ada duit sedikit, aku pon terus menyambar Nikon D60 dan terus gile bergambar sekejap. Kerjaya yang mencabar dan sibuk membuatkan masa mencemburui aku. Kekurangan subjek untuk difotograf dan kerja yang amat banyak membuatkan D60 aku sedikit berhabuk. Tapi aku tidak berputus asa malah sudah mula membuat perancangan untuk memiliki D90 plak walaupun shutter count D60 tak sampai pon 10k. Haha. kadang-kadang aku rasa aku nih suka mengumpul koleksi KAMERA dan bukan minat kepada berfotografi.

hah ni lah sedikit koleksi gambar2 yg berjaya ditangkap dan diolah sewaktu masa tidak cemburu.

mosque1

DSC_0233_edited-1 3

aina b&w

11-550x365

3666948079_73f2403961

1

DSC_0078_edited-1_fhdr 4

inspirasi #001 : Andy Knell

beautiful stereotypes commercial photographs by Andy Knell.

andy-glass-550x297

andy-glass-13-550x345

andy-glass-10-550x370

andy-glass-7

kerajinan

dulu-dulu gua ada blog. lepas tu blog gua kena sabotaj sebab dituduh menjadi agen propaganda kejatuhan Kerajaan Sekular di Turki. nasib baik tak kena jel di Guantanamo Bay. bermula detik itu gua mula berwaspada dengan melakukan penyamaran serta merubah struktur wajah dan yakin tiada yang kenal akan diri gua lagi. Maka gua melancarkan satu lagi blog dengan harapan blog baru gua tidak akan disabotaj oleh CIA lagi. Gua tahu ramai yang tahu siapa identiti gua yang sebenarnya tapi engkau orang silalah membuat macam tidak kenal akan diri gua. Gua mahu remain anonymous untuk keselamatan seluruh global. Nanti gua belanja korang pisang goreng panas OK ?