ini kisah tentang macam mana boleh jatuh cinta dengan kamera bersaiz besar.
alkisah arwah ayah aku dulu minat kamera dan kerana sebab kuah selalu tumpah ke nasi maka tidak hairanlah aku jua meminati kamera walaupun tidak lah mahir mana menangkap gambar. syok sendiri sudah.
aku syak model kamera arwah ayah aku ketika itu adalah SLR Nikon FE yang popular pada era 1978 – 1983 siap dengan pouch kulit warna coklat. zaman tu mane ada bag kamera lowepro atau crumpler six million lagi. arwah ayah ada tripod yang aku selalu gayakan seolah2 senapang sniper time main perang-perang dan sebijik speedlight yang aku selalu main malam2 hari sampai habis bateri.
tapi tak dapat mewarisi peninggalan ini kerana ianya telah hilang dicuri dalam suatu rompakan di rumah.
aku selalu juga la menguji kamera ini (time takde film roll) dan amat tertarik dengan bunyi “klik” shutter yang bagi aku cukup seksi.
zaman2 dulu mcm susah sebab pakai filem roll dgn 36 exposure ISO pilih sendiri. bukan macam sekarang sudah ada kad memori. gambar silap delete sahaja tak payah pening kepala.
dulu-dulu pun mana ada live view. nak tahu gambar ok ke tak sialalah berkunjung ke kedai gambar. lepas develop baru tahu. arwah ayah selalu marah kalau print gambar pakai glossy paper nanti gambar rosak kalau lama-lama simpan dalam album, maka pilihlah matte paper kerana lebih tahan lama kata beliau.
oleh itu bersyukurlah kerana kita sudah 52 tahun merdeka.
akhir kata bak kata Najib. SATU MALAYSIA. pencapaian diutamakan rakyat didahulukan.
ini koleksi gambar yang dicapture oleh Nikon FE arwah ayah aku. aku lightroom kan sesedap rasa. harap ayah tak marah. hehe.
5 comments:
pehh klasik giler gmbr nih...
aku bleh kongsi ilmu fotografi ngn kamu bebile masa ^^
cantik gmbr yg arwah ambil...
harap anaknye pon boleh jd photographer terbaik mcm ayahnye jgk..
huh. ini betol2 otai nih. compo cantik, lighting kena.. fuh.. ro3 pon bagus. hehehe..
teruskanlah usaha dan bakat ayah anda. semoga ianya tidak akan padam.
kem salam hari jadi pada adikmu. nasib baik aku dah kawen, kalu dop, kebarangkalian aku jadi adik ipar mung ceroh. kakakaka
itulah
org2 dulu belajar melalui try and error kot ...
dulu2 mane ade photoskool.net
majalah digital camera pun xde
apatah lagi flickr dan blogspot ...
cun..cun..cun..
Post a Comment