Thursday, March 24, 2011

perkampungan air patau-patau

apabila saya malas nak kendong kamera berat , saya bawak telefon bimbit sahaja sebab ringan.

gambar-gambar di olah menggunakan perisian dalaman FxCamera (android version).

perkampungan air ialah suatu gugusan perumahan di atas air yang dihubungkan menggunakan rangkaian titi-titi kayu.

suasana persekitaran boleh lah dikatakan indah dan nostalgik tetapi pencemaran udara berada di tahap tertinggi kerana penduduk di sini membuang sisa perkumuhan mereka terus ke dalam air.

perkampungan air patau-patau asalnya didiami sekumpulan koloni penduduk Brunei yang sudah lama bertapak di sini sebelum Pulau Labuan menjadi sebuah jajahan Tanah Melayu dan perkampungan ini diwarisi secara tradisi oleh keturunan mereka sehingga ke hari ini. (seperti yang diceritakan rakan saya yang membesar di Labuan, kalau dia tipu maka kita semua tertipulah).

001 002

1 comment:

ida masri said...

gamba ulang huhu ..~~