Tuesday, June 28, 2011

bola sepak

saya semakin rajin ke stadium menonton perlawanan bola sepak sejak Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki baru-baru ini. saya dan bini saya juga berada di stadium menyaksikan Terengganu memenangi Piala FA 2011.

besok perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia antara Malaysia dan Chinese Taipei.

saya mahu pergi ke stadium macam biasa, tetapi :

1. Jersi Malaysia saya sedang di jemur di ampaian rumah ibu mentua saya. Saya tidak mahu memakai jersi Manchester United ketika menonton pasukan Malaysia bermain.

2. Sekarang sudah jam 4.51 petang, hati saya masih berbolak-balik samada mahu atau tidak mahu ke Bukit Jalil untuk membeli tiket perlawanan bola sepak .

3. Bendera negara Malaysia berada di rumah mak saya di Hulu Langat. tidak seronok kalau mahu ke stadium jika tidak membawa bendera.

Tidak mengapa lah. saya akan menyokong pasukan kebangsaan di kaca televisyen sahaja lah.

tapi saya belum melanggan rangkaian TV Satelit ASTRO. harap-harap dapat tengok muka Hasbullah Awang ataupun Zainal Abidin Che Rawop di Rangkaian Televisyen Malaysia.

No comments: