Monday, July 18, 2011

floria 2011

tema tahun ini adalah ros untuk selamanya bermakna bunga ros adalah dominan di floria ini. tapi selepas kira-kira dua minggu dipamerkan, kelayuan mula melanda ros-ros yang tak cukup air barangkali. ini membuktikan ros adalah tidak forever. rosmawati,rosniza,roslan,rosli dan rosmah mungkin untuk selamanya (jika bini/laki anda mempunyai nama berikut lah).

tahun ini tiada peristiwa tak jumpa kereta parking kat mana. floria 2009 lupa park kereta dekat mana sampai kena mintak bantuan RELA cari kereta. floria 2010 sejarah berulang kembali sehingga hampir nak telefon polis report kehilangan kereta. tahun ini sebab dah ada apps car locator dekat android phone. cewahhh … padahal bini gua yang tolong ingat dekat mana park kereta.

ros memang sinonim dengan gua. masa bercinta biasalah dalam hati ada taman bunga. selalu jugak lah bagi bunga kat awek sebab awek mana tak suka bunga. pernah jugak pos bunga ke luar negara sebab ada awek tu nak exam. so macam nak wish good luck lah konon-konon (dalam masa yang sama nak mengorat) tapi hampeh awek tu tak layan pun. siap sound dari bagi bunga kat dia mahal-mahal baik guna duit tu belanja mak gua makan. takpa lah itu semua kenangan zaman dulu-dulu. cinta mana boleh paksa-paksa.

gua kalau ada pesta bunga-bunga ni memang bersemangat lain macam lah nak menangkap gambar. mungkin penangan dalam hati ada taman bunga kot.

buat kak yat ekhram yang dari floria 2009 lagi kot mintak tolong ajarkan menangkap gambar. mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat lagi nak membantu. tapi siapa-siapa pun kalau ada kemusykilan dan nak tanya apa ke. e-mail saja lah. insya-Allah kalau saya tahu saya kabo.

DSC_3075

DSC_3081

DSC_3094 DSC_3095

DSC_3119

DSC_3125

DSC_3130

DSC_3132

DSC_3157

DSC_3173

DSC_3174

DSC_3176

2 comments:

Momma Qiestina said...

waaaaaaaaaaaaaaan cantiknyee especially yg langit biru tu.wan edit guna apaa?

tula takde rezeki nak jupe, maybe next session.

kudalaut said...

tq mama qiestina.

wan edit pakai adobe lightroom.
sepesen dengan photoshop tp lightroom lg simple nak pakai.

nak loading pun tak berat mane laptop.

kak yat try download dulu software tu. try2 dulu pakai. nnt kalau ada masa wan buat tutorial sket2 pasal lightroom tu.