Thursday, August 11, 2011

london riots 2011 / ashraf haziq

kota london dalam huru hara. remaja-remaja hitam atau putih yakni yang kurang kewarasan akal fikiran merusuh, merompak,membakar harta awam dan mencederakan orang ramai yang tidak bersalah.

semua ini berpunca dari pembunuhan seorang lelaki kulit hitam , Mark Duggan 29 tahun oleh anggota polis Metropolitan Service pada 4 Ogos 2011 di utara Tottenham. Mark Duggan yang disyaki terlibat dalam kes penyeludupan senjata api haram terbunuh dalam satu pergelutan dengan polis. Saksi-saksi di tempat kejadian menyatakan beliau tidak bersenjata semasa dibunuh. Polis London pula mendakwa tertuduh telah melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arah pasukan polis dan salah satu peluru yang ditembak beliau tersangkut pada walkie talkie seorang polis.

hasil ujian balistik mengesahkan bahawa peluru yang tersangkut itu merupakan peluru pihak polis sendiri dan telah mencetuskan suatu tindakan luar biasa.

pada 6 Ogos 2011, seramai 200 orang yang kebanyakannya sahabat handai Mark Duggan telah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan di atas kematian Mark tetapi bertukar menjadi huru-hara setelah penglibatan golongan samseng dan kongsi gelap London yang mula membakar kereta di jalanan dan merompak pusat perniagaan.

huru-hara ini kemudiannya tersebar ke seluruh kawasan berhampiran yang jelas dimonopoli oleh pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh.

seorang penuntut Malaysia di Barking , Ashraf Haziq , 20 tahun juga dirompak setelah dicederakan oleh kumpulan perusuh. Beliau mengalami kecederaan patah gigi dan rahang dan memerlukan pembedahan.

sebuah laman web telah ditubuhkan oleh warga kota London yang bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi beliau. http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ . Sebuah firma penjualan basikal bersedia menyumbangkan basikal baru sebagai ganti kepada Ashraf. Pengurus Pemasaran untuk Sony Playstation UK juga bersetuju untuk menggantikan PSP beliau yang telah dirompak.

No comments: