Tuesday, November 29, 2011

cuti

sudah 2-3 hari dah saya demam. kesian saya. selalunya kalau demam saya akan membiarkan tubuh sendiri merawatinya kerana saya percaya sistem badan saya adalah doktor terbaik bagi badan saya.konon-konon demam ni macam nak self-test system ah lebih kurang tapi bini saya berkeras suruh saya pergi klinik. sebagai seorang suami yang baik saya pun pergi lah ke klinik. jumpa doktor. bubuh termometer bawah lidah. bubuh stetoskop kat dada. suruh tarik nafas saya tarik. suruh hembus saya pun hembus. ok awak demam nih. nak MC tak ? kata dan tanya doktor. nanti ambik ubat kat dispensari ye.

dekat dispensari. ni ubat demam makan 1 kali 3 hari bla bla bla … semuanya rm 65.

saya pun membayar kos perubatan dengan hati riang gembira ditemani burung-burung berkicauan dan pelangi petang.

kesimpulannya ingatlah sembuh sebelum sakit. kos untuk menjadi tidak sakit selepas sakit adalah kaw-kaw punya mahal.

rasa nak ambik medical card ah. semalam ada terbaca kadar inflasi kad perubatan adalah sebanyak 15 peratus setiap tahun.

ah cerita pasal cuti. saya ke tanah tinggi cameron bersama family-in-law. ramainya manusia kat tempat sejuk macam ni. saya baru pergi cameron ni 3 kali. sekali masa kecik-kecik belum akil baligh. sekali masa belum kahwin dan yang terakhir selepas dah kahwin. saya tak pernah pun lagi pergi pasar malam kat area brinchang tu tapi kali ni saya pergi. kesimpulannya pasar malam brinchang adalah hampeh dari segi makanan yang dijual di situ. harga nak caj mahal tapi kualiti zero.

1 comment: