semalam manchester united menang besar. wolverhampton wanderers atau wolves dengan bantuan jacob si serigala dari cerita twilight tidak mampu mengelak kekalahan tersebut.
dua tiga hari yang lepas bini ajak saya tengok cerita twilight. saya menurut perintah walaupun pada pendapat saya twiggies lagi sedap berbanding twilight. hasrat seorang wanita yang sedang mengandungkan anak kamu haruslah dituruti dengan penuh kasih sayang.
ombak rindu ? saya bolehlah dikatakan terselamat dari situasi yang digambarkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana bini saya juga tidak berminat. isteri saya juga semestinya tidak mahu peristiwa saya bermain angry bird ketika menonton nur kasih the movie tatkala makcik di sebelah teresak-esak mengalirkan air mata berulang lagi.
semalam juga kita berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh. ada kepercayaan orang-orang tua yang mengatakan perempuan yang sedang mengandung tidak boleh melihat peristiwa ini kerana khuatir sesuatu yang buruk akan menimpa kandungan mereka. malah si suami juga tidak dibenarkan untuk turut serta kerana takut membawa perkara buruk kepada si isteri.
semalam saya memilih untuk tidak menjadi khurafat.
"Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah." (Surah al-Fussilat, ayat 37)
"Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan tidak berlaku atas kematian seseorang atau kehidupanya. Jika kamu menyaksikan gerhana maka dirikanlah solat dan berdoalah kepadaNya" (Hadith riwayat Iman Bukhari dan Muslim).
Ramai yang masih mengaitkan kepercayaan salah termasuk kelahiran dan kematian dengan gerhana matahari atau bulan dan khurafat itu perlu dihentikan kerana ia menyebabkan syirik kepada Allah. Masyarakat Islam perlu melihat fenomena ini secara positif sebagai memperlihatkan kekuasaan Allah yang memperlihatkan bulan yang bercahaya secara tiba-tiba menjadi gelap, kemudian bercahaya semula. Kehebatan kekuasaan Allah mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qada dan qadar-Nya.
والله أعلمُ بالـصـواب
1 comment:
mengade eh skang!!! :p
Post a Comment