Monday, June 18, 2012

Jonker Walk

Jonker walk atau nama sebenarnya Jalan Hang Jebat.
kenapa perlu jadi jonker walk? kenapa tak bubuh nama Jebat Walk je?
bolehlah berjalan di Jebat Walk sambil mengembangkan dada macam Hang Jebat.

Jonker Street akan bertukar menjadi Jonker Walk pada malam minggu sahaja.
Bermula dari jam 6 hingga ke 12 tengah malam.
Kebiasaannya dipenuhi pelancong Singapura untuk mencuci mata dan membeli belah.
Barang-barang jualan merangkumi hasil2 kraftangan dan produk antik.
Makanan dan minuman yang dijual juga agak menarik kerana tiada burger seringgit, apam balik dan coconut shake yang dapat dilihat.

Masjid berdekatan adalah Masjid Kampung Kling yang hanya 350m berjalan kaki.
atau mahu lebih mudah, bersolatlah di surau hotel apartmen Casa Del Rio.
tapi bawak telekung sendiri sebab ianya tidak disediakan.

Suasana amat menarik dengan bangunan kedai lewat usia di kiri kanan jalan.
Kafe-kafe kecil tetapi selesa menyajikan makanan yang enak.
Bagus datang dengan perut yang kosong.
Dah datang sana jangan lupa singgah di Calanthe Art Cafe.
diundi dalam senarai 50 tempat jualan laksa terbaik di Malaysia.



rupa laksa top 50.



rupa cendol. Cendol KFC belakang MAHSA atau Cendol Karim lagi sedap kot.



kanak-kanak riang sedang menanti laksa dihidangkan.

posted from Bloggeroid

1 comment:

sapphire said...

ngade nya...kanak-kanak riang eh....dah study lum...??

amboi-amboiiii.... :p