Friday, November 26, 2010

tips #001 : menentukan format terbaik untuk foto digital

1. mainstream JPEG (Joint Photographic Experts Group) : format kebiasaan kebanyakan kamera digital. saiz lebih kecil. Sesuaii jika anda seorang photographer kasual yang tidak memerlukan banyak editing. Lebih banyak anda mengedit gambar dalam format JPEG dan setiap kali anda ‘save’ gambar tersebut. anda sebenarnya mengurangkan kualiti gambar tersebut. Ianya seperti menggunakan salinan fotokopi untuk menghasilkan salinan yang baru.

2. TIFF (Tagged Image File Format) : format TIFF mengekalkan kualiti gambar. tiada sebarang info yang hilang semasa proses compression. Saiz gambar yang disimpan menggunakan format TIFF lebih besar dari format JPEG. Format TIFF juga tidak seuniversal format JPEG. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk memaparkan gambar yang mungkin memerlukan plug-in atau perisian khusus.

3. RAW (Reality and Wonder) : format RAW adalah paling unggul dalam kelasnya. lossless dari segi kualiti dan menawarkan keperincian warna yang lebih mendalam, 12 bit warna per piksel berbanding hanya 8 bit warna per piksel pada format JPEG dan TIFF. Ini membolehkan anda mengekstrak lebih banyak butir-butir terperinci dari gambar anda ketika menggunakan perisian ubahsuai gambar seperti Adobe Photoshop dan Photoshop Elements. Nikon menggunakan format NEF untuk RAW mereka manakala Canon menggunakan format CRW dan CR2 untuk kamera mereka.

4. PNG (Portable Network Graphics) : format alternatif yang kebiasannya digunakan oleh Macs by Apple. Juga format digital yang lossless dari segi kualiti tetapi tidak begitu universal dan mesra pengguna. Anda mungkin terpaksa menyimpan fail dengan format ini ke dalam format JPEG sebelum berkongsi dengan pengguna yang lain di laman web.

No comments: