Tuesday, November 30, 2010

tujuh ribu

Ke hadapan pakcik Claus yang diingati selalu.

Lebaran semakin hampir. Saya setakat hari ini masih berperangai baik dan masih mengamalkan prinsip 1 Malaysia dalam kehidupan seharian.

Nanti kalau pakcik lewat di cerobong asap rumah saya. Kalau tiada cerobong asap silalah Pakcik masuk melalui pintu hadapan ya. Jangan lupa tekan loceng dan buka kasut sebelum masuk.

Sempena lebaran kali ini, saya tidaklah ingin meminta2 sangat. Cukuplah kalau dengan limpahan kasih sayang pakcik terhadap saya Nikon D7000 yang serba baru menawan dalam binaan tubuh badan dari magnesium-alloy.

Saya sertakan gambar jikalau pakcik dalam kekeliruan. Untuk review pakcik boleh klik sini : http://www.dpreview.com/previews/nikond7000/

intro-001

Sekian dan terima kasih yang tidak terhingga dari saya yang jauh di mata tapi dekat di hati.

Oh ya, pakcik sihat ?

2 comments:

zakirah said...

hahaha mintak dgn encik claus konon tapi dgn harapan supaya gelfren tercinta membaca post ini. boleh buat hantaran kawin!

sulongbikung said...

haha... i like! ;)