Thursday, August 11, 2011

zakat fitrah SMS

 

1312342235fitrahkecik 

Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmen pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis.

Pembayaran zakat melalui SMS ini telah bermula sejak Ramadan tahun 2008 (1429H) lagi. Penggunaan SMS telah dibenarkan mengikut keputusan fatwa berhubung cadangan pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik; Pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Pra Bayar dan Pasca Bayar dan Pembayaran Zakat Melalui Internet, Mesin ATM dan Mesin E-Debit.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :

HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.
HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit.
• Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.
• Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.

1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya

Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 seorang.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/personal/latest/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 29hb. Ogos 2011. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1432 Hijrah sehingga jam 8.00 malam sahaja.

* pengguna DIGI yang dianaktirikan : sila bayar di masjid atau melalui amil yang berhampiran.

2 comments:

Lisa Hz said...

thx for the info! haritu bru duk ckp2 dgn hubby cmne die nk baya zakat fitrah nnt. lega baca psl ni =)

kudalaut said...

yeah,
u're welcome lisa :)