Friday, July 31, 2009

boleh tolong tak ?

boleh tolong tak kalau ada kemalangan jiwa di jalan raya

jangan perlahankan kenderaan untuk melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa di atas jalan raya

atau menilai impak kerosakan pada kenderaan yang berlanggar.

kerana setiap yang hidup pasti kembali

patah tumbuh hilang berganti

dan momentum adalah abadi mengikut hukum keabadian momentum.

m1v1 = m2v2

(paham tak apa yang aku bebelkan nih ?)

jumaat

jumaat yang hening. panas tapi dingin sebab penuh rahmat dan kemuliaan.

solat jumaat. rasa sedikit janggal sebab ramai budak2 sekolah lengkap beruniform di masjid.

di terengganu, jumaat adalah cuti maka tiada budak2 beruniform sekolah dan budak2 ditemani bapa masing-masing. tidak seperti ini semuanya bersendirian bersama teman2 sebaya.

aku lihat wajah-wajah itu satu persatu (ok sepatutnya aku fokus kepada khutbah jumaat).

sambil membayangkan dewasa kelak jadi apakah mereka ?

yang nampak kemas dan sopan maybe jadi dokter atau engineer seperti aku barangkali ?

yang sedikit comot dan kurang beretika maybe jadi lelaki rambut perang, bertindik sebelah telinga dan menjual cakera padat cetak rompak di pusat membeli belah ?

atau yang kemas dan sopan bakal menjadi ahli politik licik yang hanya tahu menggelapkan wang rakyat ?

dan yang comot dan kurang beretika itu bakal jadi tahfiz dan ilmuwan terkenal ?

prejudiskah ?

aku di waktu kecil dahulu sedikit comot dan kurang beretika. haha

Wednesday, July 15, 2009

ringkasan seminggu

 

Hidup ini sebenarnya indah *noktah*.

seseorang menemani saya menonton ini

(saya suka ttp dia x berapa suka)

public-enemies

dan mendedikasikan lagu ini kepada saya :

dan saya mendengar lagu ini kerana dia meminatinya :

DSC00463

serta mendapat seorang lagi anak buah :

DSC004712

Ammar Asyraf Bin Safiee (DOB : 12 Julai 2009)

dan mungkin juga (beserta tempat hijau kegemarannya) ini sedikit membahagiakan :

snacks_and_dessert_RowPar_0002_ContentPar_0001_ColumnPar_0003_Image 1114819722_53a99d591a

Tuesday, July 7, 2009

y = mx+c

Pelupa.
parking kereta kemudian tak tahu mana nak cari
oh ! aku sudah tua dimamah usia
atau mungkin
perlu suplemen susu yg menyambungkan sel-sel otak?
atau mungkin
perlu seorang gadis comel yang bisa ingatkan aku.
di mana ku parking kereta itu.

p/s : pasal tajuk entri, adik gue tanya gue pasal y = mx + c. tapi serius gue sudah lupa.
sebab gue seorang jurutera dan tidak mahu maruah tergadai tidak mahu dia hampa. gue cuba juga dan nasib baik betul. mwahahaha. tahu ke korang nak cari kecerunan, m dan pintasan pada paksi-y ?

Sunday, July 5, 2009

belajar biar pandai, nanti malam upah susu

"Ciri yang membezakan antara manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia itu hanya menjadi manusia, di mana dia menjadi mulia kerana ilmu. Dan tidaklah disebabkan; kekuatan dirinya, kerana unta adalah lebih kuat dari manusia. Bukanlah pada besarnya, kerana gajah lebih besar daripada manusia. Bukanlah kerana beraninya kerana binatang buas lebih berani daripada manusia. Bukanlah pula dari banyak makannya, kerana perut lembu lebih besar daripada perut manusia. Bahkan manusia itu tidak dijadikan selain kerana ilmunya" (Imam Ghazali)

zoogorilla-550x366

zoolion-550x379

zootiger-550x379

ku bunuh dia malam ini

hey manusia, kau terlalu jauh walhal sejengkal jarak kita
hey manusia, lihatkan aku lihat depang ini terbuka
di suatu masa yang kamu dibuang ke kiri kanan sini sana
aku sudi mengambilmu walau di celah mana-mana

aku ingin engkau melihat aku tapi tembok tinggi mengekang jiwaku
aku mau dilihat sebagaimana kau melihat
aku ingin dipegang sebagaimana kau memegang

aku ingin dicinta
tapi kau bukan milik saya
milik saya
milik saya
milik saya

benci
benci
benci

***

ku bunuh dia malam ini

19.06 Fynn Jamal

Saturday, July 4, 2009

in-komplete

bangun pagi.
rasa macam ada hilang sesuatu.
tak komplete.
berfikir sejenak.
tentang apa yang tidak komplete.

pergi ke dapur.
semua sarapan telah disiapkan.
cukup.
kopi.
roti.
mentega.
susu.
semuanya ada.
tapi aku masih rasa tak komplete.

adakah ini rasa.
tidur semalam yang lewat.
aku pergi ke cermin muka.
tatap sepenuh jiwa.
aku senyum.

reason.
kamu tiada disisi.

19.06.09 Wolfis Black

Wednesday, July 1, 2009

check saman online

rentetan dari kisah kena saman sebab melakukan halangan tidak berpatutan di atas jalan raya di bawah seksyen 16 kurungan 1 kaedah2 pengangkutan jalan semalam, maka selaku warganegara dengan tanggungjawab sosial dan kesedaran sivik yang tinggi aku pun bergegas mahu membayar saman secara online.

aku google kat website mana bleh bayar dan aku klik pautan ini KLIK SINI

dan aku telah disaman sebanyak 3 kali dengan amaun kompaun sebanyak RM 5699.00 di atas kesalahan2 berikut :

1. Langgar anak ayam yang sedang makan goreng pisang kat tepi jalan raya (kompaun rm300)

2. Langgar beruk yang sedang mandi di tengah jalan raya (kompaun rm399)

3. Langgar seekor lembu betina yang hendak menyeberangi jalan (kompaun rm5000,mahal sikit sebab dia jenis kacukan)

Haaaihhhhhh ..... dan aku membuat keputusan untuk tidak membayar saman semalam.

inspirasi #003 : Michael Kenna

Dunia dari dimensi dan perspektif berbeza oleh Michael Kenna. Landskap dalam hitam dan putih.

f_mkm_3d46eea 

1068_full

quixote5

l122

13

semalam di ibukota

semalam keluar memandu sendirian ke ibukota untuk berjumpa dengan en.wealth advisor dan en.air traffic controller di suatu lokasi yang dirahsiakan. memandu ke ibukota dalam keadaan kesesakan jalan raya adalah "syurga" bagiku. dah le bukan tahu sangat jalan2 kat KL tuh. almaklumlah baru je bermigrasi. maka sepanjang perjalanan ke ibukota dihiasi dengan sumpah-seranah,caci-maki dan carut-marut serta tidak dilupakan zikir dan tasbih memuji keindahan ciptaan Ilahi. sesi makan minum dan sembang berlarutan dari petang ke tengah malam dari restoran eksklusif ke kedai mamak. mahu pulang je, di bawah pembilas cermin kereta tersisip rapi suatu helaian putih bercop KETUA TRAFIK K.LUMPUR, BALAI POLIS TRAFIK JLN TUN HS LEE. arggghhhhh !@#$%^&^%$#@!!!@@# (padan muka sape suruh parking tepi jalan).

by the way bila aku dah ada anak, aku mahu melakukan penderaan ambil gambar diaorang seperti contoh di bawah :

f_CutestSistem_3410ef0 (1)

lagi foto-foto penderaan di sini