Wednesday, July 1, 2009

check saman online

rentetan dari kisah kena saman sebab melakukan halangan tidak berpatutan di atas jalan raya di bawah seksyen 16 kurungan 1 kaedah2 pengangkutan jalan semalam, maka selaku warganegara dengan tanggungjawab sosial dan kesedaran sivik yang tinggi aku pun bergegas mahu membayar saman secara online.

aku google kat website mana bleh bayar dan aku klik pautan ini KLIK SINI

dan aku telah disaman sebanyak 3 kali dengan amaun kompaun sebanyak RM 5699.00 di atas kesalahan2 berikut :

1. Langgar anak ayam yang sedang makan goreng pisang kat tepi jalan raya (kompaun rm300)

2. Langgar beruk yang sedang mandi di tengah jalan raya (kompaun rm399)

3. Langgar seekor lembu betina yang hendak menyeberangi jalan (kompaun rm5000,mahal sikit sebab dia jenis kacukan)

Haaaihhhhhh ..... dan aku membuat keputusan untuk tidak membayar saman semalam.

No comments: