semalam keluar memandu sendirian ke ibukota untuk berjumpa dengan en.wealth advisor dan en.air traffic controller di suatu lokasi yang dirahsiakan. memandu ke ibukota dalam keadaan kesesakan jalan raya adalah "syurga" bagiku. dah le bukan tahu sangat jalan2 kat KL tuh. almaklumlah baru je bermigrasi. maka sepanjang perjalanan ke ibukota dihiasi dengan sumpah-seranah,caci-maki dan carut-marut serta tidak dilupakan zikir dan tasbih memuji keindahan ciptaan Ilahi. sesi makan minum dan sembang berlarutan dari petang ke tengah malam dari restoran eksklusif ke kedai mamak. mahu pulang je, di bawah pembilas cermin kereta tersisip rapi suatu helaian putih bercop KETUA TRAFIK K.LUMPUR, BALAI POLIS TRAFIK JLN TUN HS LEE. arggghhhhh !@#$%^&^%$#@!!!@@# (padan muka sape suruh parking tepi jalan).
by the way bila aku dah ada anak, aku mahu melakukan penderaan ambil gambar diaorang seperti contoh di bawah :
lagi foto-foto penderaan di sini
No comments:
Post a Comment