Friday, December 30, 2011

diana f+

Diana F+ adalah sejenis kamera plastik 60-an yang menghasilkan gambar ala-ala dreamy,radiant dan lo-fi macam tu. sekarang didatangkan dengan adapter untuk dslr maka bolehlah sumbat lens diana f+ dekat dslr tanpa berbelanja lebih.

berminat ? klik sini

contoh gambar dibawah. diolah menggunakan perisian Adobe LR dengan kesan khas Stark B&W.

DSC_4189

DSC_4199

DSC_4200

DSC_4219

DSC_4226 DSC_4241 DSC_4269 DSC_4354

DSC_4358 DSC_4368

Sunday, December 18, 2011

roti jalan

 

1a

1b

saya jenis orang yang suka double check ejaan dan tatabahasa. sebab nanti saya stress tak tentu pasal lepas update something dan ada kesalahan ejaan. roti jala dan kuah manis ? macam beauty and the beast.

Monday, December 12, 2011

twilight dan gerhana

semalam manchester united menang besar. wolverhampton wanderers atau wolves dengan bantuan jacob si serigala dari cerita twilight tidak mampu mengelak kekalahan tersebut.

dua tiga hari yang lepas bini ajak saya tengok cerita twilight. saya menurut perintah walaupun pada pendapat saya twiggies lagi sedap berbanding twilight. hasrat seorang wanita yang sedang mengandungkan anak kamu haruslah dituruti dengan penuh kasih sayang.

ombak rindu ? saya bolehlah dikatakan terselamat dari situasi yang digambarkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana bini saya juga tidak berminat. isteri saya juga semestinya tidak mahu peristiwa saya bermain angry bird ketika menonton nur kasih the movie tatkala makcik di sebelah teresak-esak mengalirkan air mata berulang lagi.

semalam juga kita berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh. ada kepercayaan orang-orang tua yang mengatakan perempuan yang sedang mengandung tidak boleh melihat peristiwa ini kerana khuatir sesuatu yang buruk akan menimpa kandungan mereka. malah si suami juga tidak dibenarkan untuk turut serta kerana takut membawa perkara buruk kepada si isteri.

semalam saya memilih untuk tidak menjadi khurafat.

"Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah." (Surah al-Fussilat, ayat 37)

"Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan tidak berlaku atas kematian seseorang atau kehidupanya. Jika kamu menyaksikan gerhana maka dirikanlah solat dan berdoalah kepadaNya" (Hadith riwayat Iman Bukhari dan Muslim).

Ramai yang masih mengaitkan kepercayaan salah termasuk kelahiran dan kematian dengan gerhana matahari atau bulan dan khurafat itu perlu dihentikan kerana ia menyebabkan syirik kepada Allah. Masyarakat Islam perlu melihat fenomena ini secara positif sebagai memperlihatkan kekuasaan Allah yang memperlihatkan bulan yang bercahaya secara tiba-tiba menjadi gelap, kemudian bercahaya semula. Kehebatan kekuasaan Allah mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qada dan qadar-Nya.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wednesday, December 7, 2011

Ein & Syira 05/12/2011

minggu lepas kawan kepada isteri saya telah selamat melangsungkan pernikahan beliau dengan jejaka pilihan hati. atas dasar setiakawan dan bayaran yang paling minimum , saya telah diberi tanggungjawab untuk merakamkan antara detik yang bersejarah dalam hidup beliau. berbekalkan peralatan yang tidak seberapa , berkampunglah kami suami isteri di Batang Kali selama 2 hari untuk melaksanakan tanggungjawab itu. isteri saya bertindak sebagai backup cameraman menggunakan kamera prosumer yang dipinjam.

hasilnya tidaklah seperti wedding photographer yang professional. almaklumlah mana ada pengalaman. saya pun pada mulanya tidak berani menerima cabaran ini kerana takut kiranya merosakkan pengalaman perkahwinan orang tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

ini antara gambar yang jadi lah. yang tak jadi memang berlambak-lambak. hahaha.

DSC_3877

DSC_3957

DSC_3972

DSC_3976

Monday, December 5, 2011

CH 2

DSC_3549DSC_3550  DSC_3661 DSC_3647

CH 1

DSC_3521DSC_3527

DSC_3561

DSC_3566

DSC_3664 DSC_3639

Tuesday, November 29, 2011

cuti

sudah 2-3 hari dah saya demam. kesian saya. selalunya kalau demam saya akan membiarkan tubuh sendiri merawatinya kerana saya percaya sistem badan saya adalah doktor terbaik bagi badan saya.konon-konon demam ni macam nak self-test system ah lebih kurang tapi bini saya berkeras suruh saya pergi klinik. sebagai seorang suami yang baik saya pun pergi lah ke klinik. jumpa doktor. bubuh termometer bawah lidah. bubuh stetoskop kat dada. suruh tarik nafas saya tarik. suruh hembus saya pun hembus. ok awak demam nih. nak MC tak ? kata dan tanya doktor. nanti ambik ubat kat dispensari ye.

dekat dispensari. ni ubat demam makan 1 kali 3 hari bla bla bla … semuanya rm 65.

saya pun membayar kos perubatan dengan hati riang gembira ditemani burung-burung berkicauan dan pelangi petang.

kesimpulannya ingatlah sembuh sebelum sakit. kos untuk menjadi tidak sakit selepas sakit adalah kaw-kaw punya mahal.

rasa nak ambik medical card ah. semalam ada terbaca kadar inflasi kad perubatan adalah sebanyak 15 peratus setiap tahun.

ah cerita pasal cuti. saya ke tanah tinggi cameron bersama family-in-law. ramainya manusia kat tempat sejuk macam ni. saya baru pergi cameron ni 3 kali. sekali masa kecik-kecik belum akil baligh. sekali masa belum kahwin dan yang terakhir selepas dah kahwin. saya tak pernah pun lagi pergi pasar malam kat area brinchang tu tapi kali ni saya pergi. kesimpulannya pasar malam brinchang adalah hampeh dari segi makanan yang dijual di situ. harga nak caj mahal tapi kualiti zero.