Friday, October 9, 2009
cerita raya lepas
wehhh ketinggalan zaman …
raya ke 20 baru nak update …
overdose ketupat + lemang + rendang + serunding
tahun ini kali pertama beraya bukan di kampung halaman.
dulu-dulu kami orang asing di kampung halaman sendiri.
tiada saudara mara yang dekat mahupun jauh.
yang ada hanya lah jiran tetangga dan rakan rakan.
apa erti raya tanpa kaum kerabat ?
raya di hadapan televisyen menonton sarkis lah jawabnye.
sambil melayan anak-anak kecil yang datang dari kampung mana entah.
yang prefer duit raya dalam sampul dari makan kuih raya.
raya pertama kebiasannya dihabiskan sesama sendiri.
makan, makan, makan dan makan.
serta tengok tv.
raya kedua/ketiga baru chow balik kampung.
kali ini beraya di kampung halaman emak.
maka saudara mara berduyun-duyun datang ke rumah.
tidak kira siang dan malam.
selamat hari raya kepada semua.
Monday, September 21, 2009
shr mzb
selamat hari raya , maaf zahir batin.
kali ni tiada kad ucapan bikin sendiri sebab malas gila mahu menangkap gambar berformat RAW dan mengunjungi digital darkroom. maaf.
bulan-bulan terakhir sebelum cuti habis memang tiada kerajinan sikit sebab waktu melepak sudah hampir habis dan harus mula berkira-kira bersedia untuk membanting tulang dan bermandi peluh kelak hari.
lagi mengharukan company tidak berjaya memberi bonus macam tahun2 sebelumnya atas alasan perniagaan tidak menguntungkan (tipu sebab dalam prospektus untung juta-juta). tapi selaku orang kecil yang tiada pangkat apa yang boleh dibuat selain menerima bulat-bulat dusta yang ditaburkan. mahu kena buang kerja ke ?
tapi sedikit gembira kerana usaha bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penat lelah dibalas dengan pemberian ganjaran merit yang agak lumayan tapi tidak semewah bonus tahunan macam biasa-biasa. tapi bersyukur lebih baik kerana sedikit pun lebih baik dari tiada langsung. Alhamdulillah syukur nikmat, Malaysia maju rakyat selamat (ulang 20 kali).
bazar ramadhan
weh dah raya laaa. nih ape cite pasal bazar ramadhan nih ???
kunjungan pertama dan terakhir ke bazar ramadhan berlaku sekitar hari ke-2 sebelum raya.
hasilnya : roti john yg isinya claim ada daging tapi mcm tiada daging + lemang sepotong dan rendang + taufufa gula nisan.
saya memang tidak berapa gemar ke bazar ramadhan
sebab : H1N1
sekian.
Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 1, 2009
SLR
ini kisah tentang macam mana boleh jatuh cinta dengan kamera bersaiz besar.
alkisah arwah ayah aku dulu minat kamera dan kerana sebab kuah selalu tumpah ke nasi maka tidak hairanlah aku jua meminati kamera walaupun tidak lah mahir mana menangkap gambar. syok sendiri sudah.
aku syak model kamera arwah ayah aku ketika itu adalah SLR Nikon FE yang popular pada era 1978 – 1983 siap dengan pouch kulit warna coklat. zaman tu mane ada bag kamera lowepro atau crumpler six million lagi. arwah ayah ada tripod yang aku selalu gayakan seolah2 senapang sniper time main perang-perang dan sebijik speedlight yang aku selalu main malam2 hari sampai habis bateri.
tapi tak dapat mewarisi peninggalan ini kerana ianya telah hilang dicuri dalam suatu rompakan di rumah.
aku selalu juga la menguji kamera ini (time takde film roll) dan amat tertarik dengan bunyi “klik” shutter yang bagi aku cukup seksi.
zaman2 dulu mcm susah sebab pakai filem roll dgn 36 exposure ISO pilih sendiri. bukan macam sekarang sudah ada kad memori. gambar silap delete sahaja tak payah pening kepala.
dulu-dulu pun mana ada live view. nak tahu gambar ok ke tak sialalah berkunjung ke kedai gambar. lepas develop baru tahu. arwah ayah selalu marah kalau print gambar pakai glossy paper nanti gambar rosak kalau lama-lama simpan dalam album, maka pilihlah matte paper kerana lebih tahan lama kata beliau.
oleh itu bersyukurlah kerana kita sudah 52 tahun merdeka.
akhir kata bak kata Najib. SATU MALAYSIA. pencapaian diutamakan rakyat didahulukan.
ini koleksi gambar yang dicapture oleh Nikon FE arwah ayah aku. aku lightroom kan sesedap rasa. harap ayah tak marah. hehe.
Monday, August 24, 2009
suddenly lewat
lima belas / lapan / dua ribu sembilan.
genap dua puluh tahun usiamu.
selamat hari jadi adik :)
* aku : eh! besok hari jadi mung kan ? nak hadiah apa ?
dia : ahh .. tipikal la asal harijadi je bagi hadiah, bagi mende lain boleh ?
aku : kalau macam tu, kasik penampar sedas nak ?
Friday, August 21, 2009
Tuesday, August 18, 2009
potong saga
ini video pendek tentang kisah seorang budak belia cina yang ingin membuka akaun al-mudharabah di sebuah cawangan bank islam. Have a very good laugh !
HDR
ini gambar-gambar masa zaman gila High Definitive Range dulu.
semua gambar adalah software rendered.
maknanya bukan original HDR lah tapi hasilnya seakan-seakan sama.
D enam puluh takde AEB (Auto Exposure Bracketing) function so malas nak expose secara manual.
nama software aku dah lupa sebab hari itu laptop diformat.
nanti ingatan aku pulih aku akan share kat sini.
Tools : D60 + kit lens ( AFS VR 18-55mm f3.5-5.6G )
Post processing : Adobe Photoshop CS3 + Adobe Camera Raw + Unknown HDR Rendering Software
Saturday, August 15, 2009
padam
okay
saya boleh delete kamu dari YM
saya boleh remove kamu sebagai kawan facebook
saya boleh padam link blog kamu
saya boleh erase nombor telefon kamu
saya boleh masukkan dalam recycle bin semua sms sayang cinta rindu kamu
kamu boleh bakar teddy bear putih pemberian saya
kamu boleh gali lubang besar-besar dan tanam bunga gerbera merah yang buat kamu senyum sepanjang hari
kamu boleh bagi kawan kamu novel yang kamu suka bangat itu
kamu boleh koyak puisi yang saya tulis dan kamu tampal kat dinding itu
tapi
bolehkah saya padamkan perasaan cinta saya terhadap kamu dalam hati ini ?
kamu bolehkah ?
*pelangi and promise :
jangan dikhuatiri. sekiranya kamu percaya pada takdir, jodoh dan pertemuan. kamu tidak akan apa-apa.
kerana jodoh dan pertemuan sesuatu yang tidak boleh diramalkan untuk ketika ini. kita hanya manusia yang melayari satu fasa kehidupan kita dari hari ke sehari. kita hanya mampu merancang. Tuhan menentukan segalanya.
Friday, August 14, 2009
al-fatihah
Al-fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin.
Oit ! apa lagi klik la butang play tuh. dengar la lagu nasyid sekali sekala. hari-hari asyik dengar lagu pop kontemporari je.
Thursday, August 13, 2009
ini cendol lah punya pasal !
lupa itu suatu penyakit akibat sel-sel otak tak bersambung.
arakian di suatu hari yang indah.
angin bertiup arah barat daya tenggara sepoi-sepoi bahasa.
aku tengah bersimpuh di laman rumah bermain congkak.
tiba-tiba mak aku sound “Eh,lu jangan lupa ambik adik kat sekolah nanti jam satu setengah”
aku menjawab “baik ibunda”.
kemudian bonda ghaib bersama dayang-dayang entah kemana.
aku ralit dengan permainan congkak sebab tak pernah nak menang walau main seorang diri.
jam di dinding menunjukkan sudah melangkaui waktu buletin satu setengah ke udara.
“Ah,bosan la main congkak”.ujar aku sepatah lantas mencapai kunci pedati beroda empat yang ditarik dua ekor keldai.
destinasi : kedai jual cendol di pinggiran desa.
aku memesan semangkuk cendol sambil didatangi anak perempuan penjual cendol yang turut makan cendol dengan aku. dia tersenyum mesra. rambutnya yang menghurai panjang kadang-kadang menutup matanya akibat angin yang bertiup kencang lantas dia menyisirnya ke belakang dengan jari-jarinya yang putih mulus itu.
di atas meja ada piring kaca bermotifkan bunga-bungaan. dalamnya terisi seketul pisang goreng. aku mahu pisang goreng itu. dia pun mahu. kami lantas saling berpandangan.
baru sahaja mahu aku mengatur langkah, dia lebih pantas menyepit pisang goreng itu menggunakan chopsticknya.
Ahhhhhh. aku sedikit kecewa. dia memandang aku sambil tersenyum simpul. lantas dia menyuakan pisang goreng tadi ke mulut aku. Aku ngap sedikit sambil terkedu malu. kami saling senyum.
tiba-tiba nada dering kau kunci cintaku dalam hatimu (original artist) berkumandang nyaring.
aku jawab panggilan : “Eh, lu dah ambik adik kat sekolah ke belum” ?
!@#$%%$#!!#$!@#$ siot gua lupa. aku kelih tengok jam tangan. dah pukul tiga.
aku bersegera mahu pergi, sebelum itu aku tinggalkan not satu ringgit yang sedikit koyak di penjuru kanan di atas meja untuk 4 mangkuk cendol dan 8 ketul pisang goreng tadi.
“keep the change”. ujar aku tiga patah kepada penjual cendol dan anak perempuannya.
pedati dipacu menuju sekolah adik gua. beliau lengkap beruniform bulan sabit merah seorang sahaja di situ duduk meneleku di atas bangku panjang.
matanya merah, bergenang air mata, wajahnya masam mencuka.
aku hanya tersenyum sambil meminta maaf. “I am sorry” aku cakap.
(malam itu aku belanja adik aku spicy chicken mcdeluxe dan stroberi sundae)
agak-agak aku boleh menang anugerah abang mithali tak ini tahun ?
game over
tamat.
maybe ini jalan terbaik.
untuk segala kekusutan dan kecelaruan.
dari pelangi and promise :
benar kata orang, sekiranya kamu menyintai dia. lepaskan dia bersama dengan cinta-cinta dia yang bisa buatkan dia gembira untuk selamanya. sekiranya nanti saat dia pulang kepada kamu. dan itulah jodoh kamu.
jangan rosakkan perhubungan orang lain yang sedia ada. dan bagaimana pula kalau orang lain mahu merosakkan perhubungan kamu nanti (tapi kalau hubungan itu yang sendiri sudah rosak bagaimana ?).
setelah difikirkan. ada benar juga kata-kata itu. dunia ini pembalasan boleh didapati dalam sekelip mata. sekejap kita merasa bahagia dan sekejap lagi kita merasa kesedihannya pula. hidup ini macam bola.
aku pun tidak pasti adakah keputusan ini betul ataupun salah.
adakah aku bersalah kerana menyintai dia? adakah aku yang berdosa kerana ingin meruntuhkan kebahagiaan orang lain?
sekiranya aku bertanya kepada kewarasan hati. tentu saja ada jawapan-jawapan sinikal dan sadis yang akan aku temui.
bagaimana pula dengan rasa; kenapa perlu aku fikirkan tentang kebahagiaan orang lain sedangkan hati aku bersandiwara jiwa-jiwa luka.
Saturday, August 8, 2009
bali escapade
Location : around kepulauan bali,indonesia (19-23 July) sehari lepas Jakarta kena bom dan H1N1 yang berleluasa tapi selamat pulang ke tanahair.
Tools : D60 dengan kit lens and no speedlight. (tunggu bonus baru upgrade)
post processing : Adobe Lightroom 2.2
picture of (saya tak tahu gunung apa) taken from the aeroplane.
bali yg popular dgn stone carved arch macam ini.
saya stalked makcik ini sampai ke rumah.haha
Hard Rock Cafe Bali
backstreet
temple entrance with stone carved arch
balinese architecture
Tanah Lot
more photos here : http://www.facebook.com/album.php?aid=2020465&id=1161033858&l=71d6a1df3f
Wednesday, August 5, 2009
floria 09 putrajaya
pesta flora di putrajaya (lame siot tak ambik gambar).
tools : Nikon D60
mode : variant but mostly in macro mode
EXIF : check picture :)
post processing : Adobe Photoshop CS4 Extended