Thursday, August 13, 2009

ini cendol lah punya pasal !

lupa itu suatu penyakit akibat sel-sel otak tak bersambung.

arakian di suatu hari yang indah.

angin bertiup arah barat daya tenggara sepoi-sepoi bahasa.

aku tengah bersimpuh di laman rumah bermain congkak.

tiba-tiba mak aku sound “Eh,lu jangan lupa ambik adik kat sekolah nanti jam satu setengah”

aku menjawab “baik ibunda”.

kemudian bonda ghaib bersama dayang-dayang entah kemana.

aku ralit dengan permainan congkak sebab tak pernah nak menang walau main seorang diri.

jam di dinding menunjukkan sudah melangkaui waktu buletin satu setengah ke udara.

“Ah,bosan la main congkak”.ujar aku sepatah lantas mencapai kunci pedati beroda empat yang ditarik dua ekor keldai.

destinasi : kedai jual cendol di pinggiran desa.

aku memesan semangkuk cendol sambil didatangi anak perempuan penjual cendol yang turut makan cendol dengan aku. dia tersenyum mesra. rambutnya yang menghurai panjang kadang-kadang menutup matanya akibat angin yang bertiup kencang lantas dia menyisirnya ke belakang dengan jari-jarinya yang putih mulus itu.

di atas meja ada piring kaca bermotifkan bunga-bungaan. dalamnya terisi seketul pisang goreng. aku mahu pisang goreng itu. dia pun mahu. kami lantas saling berpandangan.

baru sahaja mahu aku mengatur langkah, dia lebih pantas menyepit pisang goreng itu menggunakan chopsticknya.

Ahhhhhh. aku sedikit kecewa. dia memandang aku sambil tersenyum simpul. lantas dia menyuakan pisang goreng tadi ke mulut aku. Aku ngap sedikit sambil terkedu malu. kami saling senyum.

tiba-tiba nada dering kau kunci cintaku dalam hatimu (original artist) berkumandang nyaring.

aku jawab panggilan : “Eh, lu dah ambik adik kat sekolah ke belum” ?

!@#$%%$#!!#$!@#$ siot gua lupa. aku kelih tengok jam tangan. dah pukul tiga.

aku bersegera mahu pergi, sebelum itu aku tinggalkan not satu ringgit yang sedikit koyak di penjuru kanan di atas meja untuk 4 mangkuk cendol dan 8 ketul pisang goreng tadi.

“keep the change”. ujar aku tiga patah kepada penjual cendol dan anak perempuannya.

pedati dipacu menuju sekolah adik gua. beliau lengkap beruniform bulan sabit merah seorang sahaja di situ duduk meneleku di atas bangku panjang.

matanya merah, bergenang air mata, wajahnya masam mencuka.

aku hanya tersenyum sambil meminta maaf. “I am sorry” aku cakap.

(malam itu aku belanja adik aku spicy chicken mcdeluxe dan stroberi sundae)

agak-agak aku boleh menang anugerah abang mithali tak ini tahun ?

4 comments:

sulongbikung said...

aku penoh kn!!aku phm perasaan adik mu!
ms tu aku darjah 4.pak cik aku lupa amek blk tuisyen.mlm tau!!!
aku tnggu smpai kul 10...last2 aku blari blk umah dlm keadaan nangis2..brani x aku? ;p
smpai umah..aku x tegur seme org.huh!

kudalaut said...

huhu
kesian sungguh
aku sampai skang rasa bersalah
doh nak buat cemane
lupa sungguh
tu la adik aku pon satu
sape suh cuti h1n1 lame2 ngat
aku ingat mmg die x sekolah aritu

Kopiah Senget said...

Bro..
Aku mengidam cendol sini! hahhaha
Nnt if mu de kat ganung leh lepok sama kedai cendol. Tapi aku takboh brebut goreng pisang! hahahha

kudalaut said...

haha
bereh boh
roger je aku kalu mung ade ganu
aku suapkan mu goreng pisang nakkk ?