pagi tadi aku bosan.
aku nak tengok discovery channel.
tapi anak buah perempuan (ya perempuan) aku merengek2 nak tengok cerita ultraman gaia di saluran enam satu satu (tiada ciri-ciri kewanitaan timur langsung.haishh)
maka aku ikut sama menonton ultraman gaia di saluran enam satu satu.
plot macam biasa, raksasa muncul, ultraman seronok membelasah raksasa, tiba-tiba ultraman jadi macam tak power dan kena belasah oleh raksasa (masa ini lampu penunjuk di dada ultraman bertukar merah) dan tiba-tiba juga ultraman mendapat sokongan moral tambahan, raksasa dibelasah kembali dan gerakan menghapus terakhir oleh ultraman (kebiasaannya dengan pancaran laser yang keluar hasil silangan tangan).
then tiba-tiba aku berfikir.
berapa ramai ah agaknya rakyat jelata yang menemui ajal di sebalik kehancuran bangunan-bangunan semasa pertempuran sengit berlaku antara ultraman dan raksasa tadi ?
kesian.
No comments:
Post a Comment